MENINGKATKAN PEMAHAMAN
alat berfikir membantu meningkatkan pemahaman seseorang.ciri-cirinya yang menggunakan kata kunci dalam menerangkan sesuatu mudah memberi pemahaman.
MENJIMATKAN MASA MENGULANG KAJI
alat berfikir juga mampu menjimatkan masa untuk kita mengulang kaji pelajaran.oleh kerana alat berfikir boleh dilukis pada sehelai kertas sahaja, rumusan sesuatu bab contohnya mampu kita baca dalam masa yang singkat.
jadi proses mengulang kaji mampu dilakukan dengan cepat dan akan bertambah banyaklah bab yang dapat diulangkaji.
proses pembelajaran dengan menggunakan alat berfikir akan berlaku dengan efektif dan berkesan.ini kerana ciri-ciri fizikalnya yang menarik dan pelbagai corak dan bentuk, menarik perhatian manusia untuk memahaminya kerana otak manusia sukakan benda-benda sedemikian.
kajian menunjukkan mengingati sesuatu dengan menggunakan alat berfikir lebih cepat dan tahan lama berbanding mengingati sesuatu yang linear dan biasa.
No comments:
Post a Comment