Peta pemikiran adalah peta minda dan lapan teknik pemetaan i-think.Peta pemikiran menggunakan teknik visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum.Di sini saya akan memperkenalkan peta pemikiran dan menyenaraikan fungsi-fungsinya.
(1) PETA MINDA
-peta minda diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984.
-peta minda digunakan untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
-peta minda sangat membantu dalam mengulang kaji pelajaran dan mempercepatkan pemahaman mengenai sesuatu.
gambar rajah peta minda
(2) PETA BULATAN
-Peta bulatan berfungsi untuk menyenaraikan semua maklumat atau idea berkaitan sesuatu konsep atau tajuk yang dibincangkan.
-Proses berfikir yang digunakan dalam peta bulatan adalah mendefinisikan sesuatu konsep.
gambar rajah peta bulatan
(3) PETA BUIH
-Digunakan untuk menyenaraikan kata sifat/adjektif berkaitan sesuatu konsep atau tajuk.
-Bahagian tengah bulatan dicatatkan tajuk/konsep yang diingini.
-Bulatan-bulatan yang lain digunakan untuk mencatat kata sifat/adjektif bagi menerangkan tajuk/konsep berkenaan.
gambar rajah asas peta buih
(4) PETA BUIH BERGANDA
-Peta buih berganda digunakan untuk menyenaraikan persamaan dan perbezaan berkaitan sesuatu konsep.
-Peta buih berganda terdiri daripada dua bulatan ditengah dan beberapa bulatan yang dihubungkan dengan menggunakan garis lurus.
-Terdapat bulatan ditengah antara dua bulatan yang digunakan untuk mencatat persamaan antara kedua-dua konsep/tajuk.
contoh peta buih berganda
proses berfikir dalam peta buih berganda ialah membanding dan membeza.
(5) PETA POKOK
-Asas penggunaan peta pokok ialah untk mengkategorikan dan mengkelaskan sesuatu tajuk yang dibincangkan.
-Proses berfikir dalam peta pokok adalah membuat pengelasan.
gambar rajah peta pokok
(6) PETA ALIR
-Digunakan untuk menunjukkan langkah atau urutan sesuatu proses, kitaran, perkaitan dan urutan sesuatu konsep.
-Proses berfikir yang digunakan dalam peta alir adalah membuat urutan sesuatu konsep.
(7) PETA DAKAP
-Digunakan untuk menunjukkan langkah atau urutan sesuatu proses, kitaran, perkaitan dan urutan sesuatu konsep.
-Proses berfikir yang digunakan dalam peta alir adalah membuat urutan sesuatu konsep.
contoh peta alir
-Peta dakap digunakan untuk menilai dan menganalisis sesuatu konsep atau tajuk secara mendalam dan menghubungkaitkan dengan bahagian-bahagian tertentu.
-Proses berfikir dalam peta dakap adalah membuat pengelasan
(8) PETA PELBAGAI ALIR
-Digunakan untuk menilai dan menganalisis sesuatu konsep.
-Peta pelbagai alir terdiri daripada peristiwa yang berlaku, sebab peristiwa berlaku, dan akibat daripada peristiwa.
-Proses berfikir dalam peta ini adalah untuk menunjukkan sebab dan akibat.
contoh
-Digunakan untuk membuat dan mencari perhubungan antara sesuatu konsep dengan konsep yang lain.
-Proses berfikir yang digunakan adalah membuat analogi iaitu hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan.
No comments:
Post a Comment